Nuffnang Ads

Sunday, 24 November 2013

Apa yang kita inginkan sebenarnya?

Assalamualaikum...
Sambil menunggu mata nie lelap,teringat perbualan dengan mama sebentar tadi..bila aq katakan yg tidak lama lagi aq akan dapat bonus,mama suarakan permintaannya..."boleh la sponsor mama beli handphone baru"..."tapi nanti mama topup sikit la..angah banyak sikit..hihi"...aq hanya mampu tersenyum...kasihan pula bila melihat mama hanya memakai handphone lama...bukan dye xmampu,tapi lebih mengutamakan hal-hal yg lebih penting...lantas aq menjawab,"boleh je ma..nanti angah belikan mama iphone..."..mama tersenyum mendengarnya.."yang biasa2 pun takpe..mama bukan pandai sangat guna canggih2...." aq tersenyum...dalam hati sudah berkira2 ingin "laburkan" berapa untuk mamaku...

Masuk bilik,terus ambil kalkulator,mula mengira bonus yg bakal aq perolehi termasuk gaji...aq perlu berjimat...wang ptptn yg akan aq dapat kelak mmg aq taknak usik...biar aq gunakan untuk pelajaran sahaja...setelah membuat perkiraan,aq sudah berkira2 hendak beri berapa,tiba2 terus teringat pada ayahku...aku perlu adil..sebanyak mana aq beri pada mama,akan aq beri pada ayahku juga...mula menolak semula...teringat pula pada kakak dan adik,ya..mereka juga perlu diberikan sedikit "hadiah"...setelah ditolak segalanya,baki yg tinggal tidak cukup untuk aku beli apa yang aku idamkan..

Sebenarnya aq sudah berkira2 ingin membeli handphone baru.kalau x iphone,note 3..memang minat..nak2 tengok orang pakai rasa teringin juga..tapi...setelah membuat perkiraan sebentar tadi nyata xcukup...lantas aq berfikir,apa yang aq inginkan?..bukan kah aq perlu bersyukur atas apa yang aq telah ada? Bukankah aq masih lagi cukup makan dan minum? Lantas aq beristighfar..astaghfirullahalazim~Aq bersyukur dengan apa yang aq miliki sekarang...segera aku lupakan niat aq untuk menukar handphone baru..

Dengan teknologi canggih sekarang,semua manusia akan terus "mengejar" agar seiring dengan kemajuan teknologi...buktinya,kita sering terdengar dialog2 seperti ini,

"Xlama lagi jenama x (bukan nama sebenar) nak keluar model baru..nak tukar handphone baru la.."

"ala...aq baru beli model nie,dah keluar model lain..xpe..minggu depan tukar"

Apa yang kita inginkan? Sesuatu yang lebih canggih? Jika seseorang berkemampuan,tiada salahnya...tapi kalau yang tidak berkemampuan bagaimana? Sanggup berlapar,mengikat perut dan sebagainya semata2 ingin seiring atau lebih tepat lagi menunjukkan "kemampuan" mereka "mengupdate" diri mereka kesatu tahap yang baru..

Teknologi tidak akan pernah habis..apatah lagi kini banyak persaingan,maka masing2 akan berlumba2 mengeluarkan produk yg baru dan kita juga berlumba2 menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur...apa yang kita inginkan?ada yang kata ianya satu kepuasan..bukankah lebih baik menyimpan wang tersebut untuk sesuatu yang lebih baik? Misalnya,mengumpul duit untuk membeli rumah (harga rumah semakin mahal),membeli tanah (untuk dijadikan asset),dan membuat simpanan untuk hari mendatang...

Coretan ini bukanlah untuk mengata apatah lagi menghalang...dunia semakin maju,maka manusia juga inginkan begitu..apatah lagi melihAt masyarakat sekeliling mempunyai gadget yang canggih..pasti ada terdetik di hati untuk memilikinya satu hari nanti tanpa kita sedar apa yang telah kita miliki...jujur,aq juga berfikiran begitu..namun,sempat aq bermuhasabah diri dan berfikir semula..apa yang aq inginkan? Kini,saat ini,aq hanya ingin belajar menghargai..menghargai apa yang aku ada...tidak perlu ditukar,tidak.perlu ditambah,melainkan sudah tiba masanya,(i mean rosak or kita memang memerlukannya)..jadi bagaimana dengan anda diluar sana? Tanya diri sendiri,apa yang anda inginkan sebenarnya?

No comments:

Post a Comment

dah baca? sila tinggalkan komen anda!
komen anda akan dibalas sebentar lagi

terima kasih~