Assalamualaikum...
Umumnya ramai dah tahu perbezaan antara kawan,sahabat dan teman...tapi tadi ada someone mintak sue untuk update tentang story nie..
"Cuba cerita tentang perbezaan kawan,sahabat dan teman..."
Jadi..siapa yang dah tahu boleh duduk diam2 tengok tb dan yang tak tahu boleh sit back,rileks and enjoy the show! Cewahh!! Plus, if korang nak sue update tentang apa2 entry or maybe pengalaman yang korang nak share pun sue akan try update...okayy..dah2..back to basic semula..
Sebenarnya banyak perbezaan antara kawan,sahabat dan teman...sama jugak macam suka,sayang dan cinta...apa kena mengena? Memang tak ada kena mengena...dush!
Definisi:-
Kawan - semua orang ada kawan...tak kisah la kawan yang datang dari pelusuk mana...mostly yang nie kita panggil 'kawan biasa' jela...atau nama lain 'kawan yang mudah datang dan pergi'..macam touch n go..ada jugak yang macam smart tag..huhu..kawan nie boleh jadi beratus,beribu,bermilloon dan berbelon2...hoho
Sahabat - sahabat nie kira dari kawan tadi dah naik pangkat jadi someone special....which is tak kisah la laki or perempuan...selalunya,dari beratus kawan kita yang tadi tuu,hanya seorang dua yang mungkin boleh dijadikan sahabat,dengan ratio 1:100..haha..tetiba~
Teman - yang nie double special sikit la dari yang lain...yang nie memang susah nak cari and 'mahal' sikit...eh mestila...burger double special pun mahal hokeyyy~ selalunya teman nie sorang jela..tak gituu~
Cara layanan:-
kawan - haa..kawan memang akan layan korang macam biasa..korang ada pun tak perasan,korang tak ada pun macam tak ada perasaan..wuwuu~ basically,kawan nie jarang sangat nak ambil tahu sangat pasal kita..ada aku kesah katanyer~dush! Contohnya,
"Eh..lapar la...makan jom!"
"urmm...aku tak ada duit la..dah habis beli choki2 semalam..(muka kesian)
"oh..kalau macam tu aku pergi makan dulu!"
erkkk...krik2..krik2...
sahabat - yang nie bestt sikit nak story...sahabat nie memang lyan kita macam keluarga sendiri...sentiasa menjadi pendengar yang setia,bantu kalau ada problem and memang tak boleh tengok sahabat dia susah...misalnya,
"Eh,lapar la...makan jom!"
"urmm...aku tak ada duit la..dah habis beli nyam2 semalam..(muka simpati)
"laa..apasal tak cakap..dah jom2! Aku belanja.."
"Yeayyy! Terima kasih..sayang kau lebih!"..(ok..part sayang tuu memang akan keluar bila situasi macam nie)
teman - haa...yang nie sekali lagi double special...Teman nie memang tak lekang dari korang..rapat,dekat,liat sangat nak berpisah apatah lagi berjauhan..dan apa-apa kata yang boleh menggambarkan situasi nie...teman nie lagi 'alergik' kalau tengok teman dia susah,ada masalah dan kalau boleh dia yang nak tolong settle kan..biar susah macammana pun dia akan berusaha asalkan teman dia tak susah hati..hihi..ok..contoh yang nie pulak,
"Eh,lapar la...makan jom!"
"urmm...aku tak ada duit la..dah habis beli cokelat dendang semalam..(muka sedih)
"Whatt?? Eh...ambil la semua duit aku pergi beli makanan.."
haha..melampau la kalau macam tu baiknya...eh gelak kenapa...ingat tak ada ke...ada tauu!
So....kesimpulannya dari cerita diatas, (khas untuk orang yang mlas baca,mostly yang suka terus baca sinopsis sebab nak tahu jalan cerita),kawan,sahabat dan teman memang berbeza..well,of course ejaan pun dah lain yer takk...kawan senang dapat kat mana2 pun..even say "hi" pun boleh jadi kawan...tApi kalau sahabat,dia akan sentiasa ada disaat anda susah mahupun senang...yeahh!
Manakala..teman nie insan terpilih dari sahabat tadi yang akan sAnggup berkorban untuk kita..matanya sentiasa ada untuk melihat kelebihan diri kita,telinganya untuk mendengar permasalahan kita,tangannya untuk menghulurkan pertolongan dan kakinya untuk dikakikan kita..eh..bukan! untuk sentiasa dekat dengan kita...yela..kalau nak dekat kena la berjalan yer takk...berjalan kan pakai kaki..kikiki…
teman nie yang dikatakan teman sehidup dan semati~macam lagu hafiz,bahagiamu deritaku..(okay..sekali lagi tak ada kena mengena..lirik je sama...woot..woot)kalau berbeza jantina,orang yang bakal berkahwin dengan kita tuu la teman kita...got it?
So dah nampak and dah boleh decide kan siapa kawan,sahabat dan teman? Siapa la yang beruntung menjadikan kamu teman dan menjadi teman kepada seseorang~
hargainya la...
Sekiann~
No comments:
Post a Comment
dah baca? sila tinggalkan komen anda!
komen anda akan dibalas sebentar lagi
terima kasih~