Assalamualaikum...
who's BF and CF??
okayy...please jangan nak kerut2 dahi sangat, buat muka pelik dan sebagainya...nie bukan istilah akaun "balance carried forward" or whatsoever...BF is bestfriend and CF is close friend...get it??
mesti korang macam, eh...ada beza ke...between bestfriend and close friend? (muka pelik sekali lagi)...okayy...sue pun tetiba dapat idea nak post entry nie masa jenjalan cari makan dalam opis tadi...so,jangan tanya eh betul ke...okay..please dun ask..fullstop! haha..okayy..sue bagitahu beza dia...and for sure lepas nie korang akan cakap "ohh..baru tahuu", "eh,ye tak ye jugak ea"...or maybe " eh,tipu la dia nie..." haha...dah2...meh kita fokus pada tajuk utama nie...let's check it out bebeh~ close up please!
siapa yang dimaksudkan kawan baik a.k.a bestfriend?apa pula beza dengan kawan rapat...untuk mengetahui perbezaannya, sila gerak bebola mata ke bawah~
1) kawab baik - Okayy..kalau korang ada kawan yang korang jarang jumpa tapi still berhubung and sangat baik dengan korang secara ikhlas (which is tak pernah cakap belakang), he/she is your bestfriend...tapi bukan kawan yang xcontact 5-10 tahun then tetiba terjumpa dekat pasal malam or dalam tandas awam boleh dikira kawan baik..bukan! bukan! kawan baik nie boleh dikira bila korang jarang contact sebab busy ke...sibuk ke...belajar / kerja jauh ke...tapi still masih ingat dekat korang and bertanya khabar...how sweet~
kawan rapat - ha..kawan rapat nie yang memang always sentiasa ada dekat dengan kita...sama juga macam kawan baik tapi kawan rapat nie memang dekat sangat dengan korang...even nak pergi tandas pun ajak sekali..kalau boleh nak berkepit dari subuh sampai ke senja...sampaikan besok nak pergi kerja/kelas siap tanya nak pakai baju apa,seluar apa, warna apa dan apa-apa jelah!
2) kawan baik - setiap orang yang ada kawan baik akan sentiasa share apa yang dia rasa tak kisah la problem atau kegembiraan yang melangit..contoh macam, "awak!! saya dapat 4flat exam rituu..saya bahagia!" or " awak!! saya failed exam rituu...saya kecewa!"..that's it!
kawan rapat - yang nie semua korang pulun cerita...mostly, cerita2 yang tak penting...maklum la...rapat kan...sampai kawan korang mungkin rasa bosan tapi atas dasar kawan,layan kan ajee..contohnya. "senah..semalam i terlanggar bahu sorang mamat hensem nie then dia senyum kat i..wowowo...", "semalam kucing aku merajuk sebab aku tak bagi dia keluar dengan bopren dia", "hari nie aku makan nasi 4x dan aku rasa aku dah gemuk!"..okayyy...nobody cares~
3) kawan baik - selalunya kawan baik nie memang "memorable" dalam ingatan korang..kadang-kadang tengah duduk-duduk conteng buku tetiba teringat..lepas tu terus capai fon then "bedah! rindu giler kat kau..bila kita nak lepak2 macam zaman dulu-dulu.."
kawan rapat - kawan rapat pun kadan-kadang akan "memorable" dalam ingatan korang jugak..tapi bila korang bosan/lapar/and blaa3...lepas tuu terus jerit je (tak payah capai fon), "wei senah! lapar laa...makan jom! hari tuu aku belanja,hari nie kau belanja la ea?ea?ea?
4) kawan baik - kawan baik akan selalu bagi semangat and selesaikan problem korang if korang cerita problem pada your bestfriend...mostly, kawan baik nie akan rasa sedih bila kawan dia sedih, dan of course akan rasa gembira,bila kita gembira...
kawan rapat - sama juga dengan kawan baik...still akan bagi support dekat korang cuma cara dia berbeza sikit...selalu kalau kawan baik, dorang akan cakap dan bagi nasihat secara berhemah.. "awak...awak jangan sedih...saya yakin dia tak bermaksud nak sakitkan hati awak"...tapi kalau kawan rapat, " ala..rileks laa..benda kecik je...jom aku belanja makan...dah2..jangan nangis..buruk siot muka kau!"...atau lebih kejam sikit "eh apasal kau sedih nie? kau ada masalah ke? okayy2...(then bla macam tu je...erkk) ok bye!
itu antara-antara perbezaan yang sempat terlintas dalam kepala nie tadi..LOL..actually banyak lagi tapi cukup la kan...lalala~
tapi kebiasaanya, kawan rapat boleh jadi kawan baik kita dan mungkin kawan baik kita juga boleh jadi kawan rapat kita...eh macam mana tuu?
suruh kawan rapat korang pergi jauh dari korang dan kawan baik korang dekat dengan korang..senang bukan?? lalala.. (joking~)
so tak kisah la sesiapa pun kawan kita, sama ada rapat ke,baik ke, musuh sekali pun, layan la dengan baik...tak mustahil kawan kita boleh jadi musuh kita dan musuh kita akan jadi orang yang paling dekat dengan kita..
who know's?? only GOD!
No comments:
Post a Comment
dah baca? sila tinggalkan komen anda!
komen anda akan dibalas sebentar lagi
terima kasih~