Nuffnang Ads

Tuesday, 26 November 2013

Siapa kawan? Siapa sahabat? Siapa teman?

Assalamualaikum...
Umumnya ramai dah tahu perbezaan antara kawan,sahabat dan teman...tapi tadi ada someone mintak sue untuk update tentang story nie..

"Cuba cerita tentang perbezaan kawan,sahabat dan teman..."

Jadi..siapa yang dah tahu boleh duduk diam2 tengok tb dan yang tak tahu boleh sit back,rileks and enjoy the show! Cewahh!! Plus, if korang nak sue update tentang apa2 entry or maybe pengalaman yang korang nak share pun sue akan try update...okayy..dah2..back to basic semula..

Sebenarnya banyak perbezaan antara kawan,sahabat dan teman...sama jugak macam suka,sayang dan cinta...apa kena mengena? Memang tak ada kena mengena...dush!

Definisi:-

Kawan - semua orang ada kawan...tak kisah la kawan yang datang dari pelusuk mana...mostly yang nie kita panggil 'kawan biasa' jela...atau nama lain 'kawan yang mudah datang dan pergi'..macam touch n go..ada jugak yang macam smart tag..huhu..kawan nie boleh jadi beratus,beribu,bermilloon dan berbelon2...hoho

Sahabat - sahabat nie kira dari kawan tadi dah naik pangkat jadi someone special....which is tak kisah la laki or perempuan...selalunya,dari beratus kawan kita yang tadi tuu,hanya seorang dua yang mungkin boleh dijadikan sahabat,dengan ratio 1:100..haha..tetiba~

Teman - yang nie double special sikit la dari yang lain...yang nie memang susah nak cari and 'mahal' sikit...eh mestila...burger double special pun mahal hokeyyy~ selalunya teman nie sorang jela..tak gituu~

Cara layanan:-

kawan - haa..kawan memang akan layan korang macam biasa..korang ada pun tak perasan,korang tak ada pun macam tak ada perasaan..wuwuu~ basically,kawan nie jarang sangat nak ambil tahu sangat pasal kita..ada aku kesah katanyer~dush! Contohnya,

"Eh..lapar la...makan jom!"

"urmm...aku tak ada duit la..dah habis beli choki2 semalam..(muka kesian)

"oh..kalau macam tu aku pergi makan dulu!"

erkkk...krik2..krik2...

sahabat - yang nie bestt sikit nak story...sahabat nie memang lyan kita macam keluarga sendiri...sentiasa menjadi pendengar yang setia,bantu kalau ada problem and memang tak boleh tengok sahabat dia susah...misalnya,

"Eh,lapar la...makan jom!"

"urmm...aku tak ada duit la..dah habis beli nyam2 semalam..(muka simpati)

"laa..apasal tak cakap..dah jom2! Aku belanja.."

"Yeayyy! Terima kasih..sayang kau lebih!"..(ok..part sayang tuu memang akan keluar bila situasi macam nie)

teman - haa...yang nie sekali lagi double special...Teman nie memang tak lekang dari korang..rapat,dekat,liat sangat nak berpisah apatah lagi berjauhan..dan apa-apa kata yang boleh menggambarkan situasi nie...teman nie lagi 'alergik' kalau tengok teman dia susah,ada masalah dan kalau boleh dia yang nak tolong settle kan..biar susah macammana pun dia akan berusaha asalkan teman dia tak susah hati..hihi..ok..contoh yang nie pulak,

"Eh,lapar la...makan jom!"

"urmm...aku tak ada duit la..dah habis beli cokelat dendang semalam..(muka sedih)

"Whatt?? Eh...ambil la semua duit aku pergi beli makanan.."

haha..melampau la kalau macam tu baiknya...eh gelak kenapa...ingat tak ada ke...ada tauu!

So....kesimpulannya dari cerita diatas, (khas untuk orang yang mlas baca,mostly yang suka terus baca sinopsis sebab nak tahu jalan cerita),kawan,sahabat dan teman memang berbeza..well,of course ejaan pun dah lain yer takk...kawan senang dapat kat mana2 pun..even say "hi" pun boleh jadi kawan...tApi kalau sahabat,dia akan sentiasa ada disaat anda susah mahupun senang...yeahh!

Manakala..teman nie insan terpilih dari sahabat tadi yang akan sAnggup berkorban untuk kita..matanya sentiasa ada untuk melihat kelebihan diri kita,telinganya untuk mendengar permasalahan kita,tangannya untuk menghulurkan pertolongan dan kakinya untuk dikakikan kita..eh..bukan! untuk sentiasa dekat dengan kita...yela..kalau nak dekat kena la berjalan yer takk...berjalan kan pakai kaki..kikiki…

teman nie yang dikatakan teman sehidup dan semati~macam lagu hafiz,bahagiamu deritaku..(okay..sekali lagi tak ada kena mengena..lirik je sama...woot..woot)kalau berbeza jantina,orang yang bakal berkahwin dengan kita tuu la teman kita...got it?

So dah nampak and dah boleh decide kan siapa kawan,sahabat dan teman? Siapa la yang beruntung menjadikan kamu teman dan menjadi teman kepada seseorang~
hargainya la...

Sekiann~

Kawan Baik vs Kawan Rapat - Apakah perbezaannya?


Assalamualaikum...
who's BF and CF?? 
okayy...please jangan nak kerut2 dahi sangat, buat muka pelik dan sebagainya...nie bukan istilah akaun "balance carried forward" or whatsoever...BF is bestfriend and CF is close friend...get it?? 

mesti korang macam, eh...ada beza ke...between bestfriend and close friend? (muka pelik sekali lagi)...okayy...sue pun tetiba dapat idea nak post entry nie masa jenjalan cari makan dalam opis tadi...so,jangan tanya eh betul ke...okay..please dun ask..fullstop! haha..okayy..sue bagitahu beza dia...and for sure lepas nie korang akan cakap "ohh..baru tahuu", "eh,ye tak ye jugak ea"...or maybe " eh,tipu la dia nie..." haha...dah2...meh kita fokus pada tajuk utama nie...let's check it out bebeh~ close up please!


siapa yang dimaksudkan kawan baik a.k.a bestfriend?apa pula beza dengan kawan rapat...untuk mengetahui perbezaannya, sila gerak bebola mata ke bawah~

1) kawab baik - Okayy..kalau korang ada kawan yang korang jarang jumpa tapi still berhubung and sangat baik dengan korang secara ikhlas (which is tak pernah cakap belakang), he/she is your bestfriend...tapi bukan kawan yang xcontact 5-10 tahun then tetiba terjumpa dekat pasal malam or dalam tandas awam boleh dikira kawan baik..bukan! bukan! kawan baik nie boleh dikira bila korang jarang contact sebab busy ke...sibuk ke...belajar / kerja jauh ke...tapi still masih ingat dekat korang and bertanya khabar...how sweet~

kawan rapat - ha..kawan rapat nie yang memang always sentiasa ada dekat dengan kita...sama juga macam kawan baik tapi kawan rapat nie memang dekat sangat dengan korang...even nak pergi tandas pun ajak sekali..kalau boleh nak berkepit dari subuh sampai ke senja...sampaikan besok nak pergi kerja/kelas siap tanya nak pakai baju apa,seluar apa, warna apa dan apa-apa jelah!

2) kawan baik - setiap orang yang ada kawan baik akan sentiasa share apa yang dia rasa tak kisah la problem atau kegembiraan yang melangit..contoh macam, "awak!! saya dapat 4flat exam rituu..saya bahagia!" or " awak!! saya failed exam rituu...saya kecewa!"..that's it! 

kawan rapat - yang nie semua korang pulun cerita...mostly, cerita2 yang tak penting...maklum la...rapat kan...sampai kawan korang mungkin rasa bosan tapi atas dasar kawan,layan kan ajee..contohnya. "senah..semalam i terlanggar bahu sorang mamat hensem nie then dia senyum kat i..wowowo...", "semalam kucing aku merajuk sebab aku tak bagi dia keluar dengan bopren dia", "hari nie aku makan nasi 4x dan aku rasa aku dah gemuk!"..okayyy...nobody cares~

3) kawan baik - selalunya kawan baik nie memang "memorable" dalam ingatan korang..kadang-kadang tengah duduk-duduk conteng buku tetiba teringat..lepas tu terus capai fon then "bedah! rindu giler kat kau..bila kita nak lepak2 macam zaman dulu-dulu.."

kawan rapat - kawan rapat pun kadan-kadang akan "memorable" dalam ingatan korang jugak..tapi bila korang bosan/lapar/and blaa3...lepas tuu terus jerit je (tak payah capai fon), "wei senah! lapar laa...makan jom! hari tuu aku belanja,hari nie kau belanja la ea?ea?ea?

4) kawan baik - kawan baik akan selalu bagi semangat and selesaikan problem korang if korang cerita problem pada your bestfriend...mostly, kawan baik nie akan rasa sedih bila kawan dia sedih, dan of course akan rasa gembira,bila kita gembira...

kawan rapat - sama juga dengan kawan baik...still akan bagi support dekat korang cuma cara dia berbeza sikit...selalu kalau kawan baik, dorang akan cakap dan bagi nasihat secara berhemah.. "awak...awak jangan sedih...saya yakin dia tak bermaksud nak sakitkan hati awak"...tapi kalau kawan rapat, " ala..rileks laa..benda kecik je...jom aku belanja makan...dah2..jangan nangis..buruk siot muka kau!"...atau lebih kejam sikit "eh apasal kau sedih nie? kau ada masalah ke? okayy2...(then bla macam tu je...erkk) ok bye!


itu antara-antara perbezaan yang sempat terlintas dalam kepala nie tadi..LOL..actually banyak lagi tapi  cukup la kan...lalala~


tapi kebiasaanya, kawan rapat boleh jadi kawan baik kita dan mungkin kawan baik kita juga boleh jadi kawan rapat kita...eh macam mana tuu?

suruh kawan rapat korang pergi jauh dari korang dan kawan baik korang dekat dengan korang..senang bukan?? lalala.. (joking~)

so tak kisah la sesiapa pun kawan kita, sama ada rapat ke,baik ke, musuh sekali pun, layan la dengan baik...tak mustahil kawan kita boleh jadi musuh kita dan musuh kita akan jadi orang yang paling dekat dengan kita..

who know's?? only GOD!

Sunday, 24 November 2013

Apa yang kita inginkan sebenarnya?

Assalamualaikum...
Sambil menunggu mata nie lelap,teringat perbualan dengan mama sebentar tadi..bila aq katakan yg tidak lama lagi aq akan dapat bonus,mama suarakan permintaannya..."boleh la sponsor mama beli handphone baru"..."tapi nanti mama topup sikit la..angah banyak sikit..hihi"...aq hanya mampu tersenyum...kasihan pula bila melihat mama hanya memakai handphone lama...bukan dye xmampu,tapi lebih mengutamakan hal-hal yg lebih penting...lantas aq menjawab,"boleh je ma..nanti angah belikan mama iphone..."..mama tersenyum mendengarnya.."yang biasa2 pun takpe..mama bukan pandai sangat guna canggih2...." aq tersenyum...dalam hati sudah berkira2 ingin "laburkan" berapa untuk mamaku...

Masuk bilik,terus ambil kalkulator,mula mengira bonus yg bakal aq perolehi termasuk gaji...aq perlu berjimat...wang ptptn yg akan aq dapat kelak mmg aq taknak usik...biar aq gunakan untuk pelajaran sahaja...setelah membuat perkiraan,aq sudah berkira2 hendak beri berapa,tiba2 terus teringat pada ayahku...aku perlu adil..sebanyak mana aq beri pada mama,akan aq beri pada ayahku juga...mula menolak semula...teringat pula pada kakak dan adik,ya..mereka juga perlu diberikan sedikit "hadiah"...setelah ditolak segalanya,baki yg tinggal tidak cukup untuk aku beli apa yang aku idamkan..

Sebenarnya aq sudah berkira2 ingin membeli handphone baru.kalau x iphone,note 3..memang minat..nak2 tengok orang pakai rasa teringin juga..tapi...setelah membuat perkiraan sebentar tadi nyata xcukup...lantas aq berfikir,apa yang aq inginkan?..bukan kah aq perlu bersyukur atas apa yang aq telah ada? Bukankah aq masih lagi cukup makan dan minum? Lantas aq beristighfar..astaghfirullahalazim~Aq bersyukur dengan apa yang aq miliki sekarang...segera aku lupakan niat aq untuk menukar handphone baru..

Dengan teknologi canggih sekarang,semua manusia akan terus "mengejar" agar seiring dengan kemajuan teknologi...buktinya,kita sering terdengar dialog2 seperti ini,

"Xlama lagi jenama x (bukan nama sebenar) nak keluar model baru..nak tukar handphone baru la.."

"ala...aq baru beli model nie,dah keluar model lain..xpe..minggu depan tukar"

Apa yang kita inginkan? Sesuatu yang lebih canggih? Jika seseorang berkemampuan,tiada salahnya...tapi kalau yang tidak berkemampuan bagaimana? Sanggup berlapar,mengikat perut dan sebagainya semata2 ingin seiring atau lebih tepat lagi menunjukkan "kemampuan" mereka "mengupdate" diri mereka kesatu tahap yang baru..

Teknologi tidak akan pernah habis..apatah lagi kini banyak persaingan,maka masing2 akan berlumba2 mengeluarkan produk yg baru dan kita juga berlumba2 menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur...apa yang kita inginkan?ada yang kata ianya satu kepuasan..bukankah lebih baik menyimpan wang tersebut untuk sesuatu yang lebih baik? Misalnya,mengumpul duit untuk membeli rumah (harga rumah semakin mahal),membeli tanah (untuk dijadikan asset),dan membuat simpanan untuk hari mendatang...

Coretan ini bukanlah untuk mengata apatah lagi menghalang...dunia semakin maju,maka manusia juga inginkan begitu..apatah lagi melihAt masyarakat sekeliling mempunyai gadget yang canggih..pasti ada terdetik di hati untuk memilikinya satu hari nanti tanpa kita sedar apa yang telah kita miliki...jujur,aq juga berfikiran begitu..namun,sempat aq bermuhasabah diri dan berfikir semula..apa yang aq inginkan? Kini,saat ini,aq hanya ingin belajar menghargai..menghargai apa yang aku ada...tidak perlu ditukar,tidak.perlu ditambah,melainkan sudah tiba masanya,(i mean rosak or kita memang memerlukannya)..jadi bagaimana dengan anda diluar sana? Tanya diri sendiri,apa yang anda inginkan sebenarnya?

Wednesday, 20 November 2013

First Experience of Hiking-Gunung Datuk

Assalamualaikum...hye..sorry lambat sikit hupdate tentang first experience hiking kat gunung datuk ritu..memang bestttt tahap dewa uolls~ *acah je*..yg nie anjuran company and yg pergi sume lebih kurang 32 orang...

yeah...we're hiker!!

hehe...with makcik pika... snapping2 dalam bas..hihihi

Sampai kat Gunung Datuk dalam pukul 11..sebab kitorang dari KL...(alasan je)....so forget it pasal lambat tuu...punya la ekcited nak main panjat2 sekalii kena jalan kaki daaa...sebab bas xboleh masuk...*meraung dalam hati*..

lajuu je makcik pakai baju merah tuu jalan..hehe


semua muka semangatt je..
belum start mendaki,dah kena mendaki jalan nie...tapi still mampu tersenyum...

Dah siap tukar baju semua,kitorang nak mulakan pendakian..but stopp!! baca doa dulu..ha lepas tuu kitorang buat senaman ringkas sikit..gelek2 sikit,goyang2 sikit...aq mcm xada kan...sebab aq tengah buat senaman muka gelak2 kat belakang tuu...hihi


jejaka malaya..yeahh!!


bacaan diketuai oleh Abg Arba'ain



Yeah! Here i am..Gunung datuk


with one of hiker...

Ha yg nie nak mulakan pendakian...muka memasing excited kemain...ha..tunggu skejap lagi..jeng3..

Semangat kutip kayu nakk buat tongkatt


cakkk!! hehe...

jeng3...hehe...masa nie muka ada sinyum maa...lelama nanti muka semua mintak balik rumah...huhu

dah mula main panjat2...


betapa hardcore track nie...

more steps to go~


nie la laluan yang kitorang kena lalu semasa mendaki

taraaaa!!

menikmati alam sekitarr....weee


Berehat sebentar...first checkpoint

merenung masa depan..haha...

 lepas tuu kami mulakan lagi pendakian ke puncak gunung...walaupun masa nie masing-masing keletihan tapi kami tetap teruskan..yeahhh! tapi seriously, track dia memang mencabar fizikal dan mental...masa aku mendaki pun siap berselawat dan berzikir...



haa...yang nie dah nak dekat sampai atas puncak..nie salah satu tangga yang kitorang kena daki..nampak senang tapi memang seramm seyhh...



 so after naik tangga tadi,then taraaaa!! sampai jugak ke puncak... (nampak x muka bangga tuu..hehe)
gadis pertama sampai ke puncak..yeahh!!



walaupun muka tersenyum padahal gayat tuu...
yeahhh! pasti mak aq bangga..haha

belakang aku nie sebenarnya ada tapak kaki hang tuah..(orang kata la).. tak tahu la mitos ke apa...tapi yang pasti semua yang sampai ke puncak nie akan ambil gambar nie...aku pun tak ketinggalan..hehe

 nie tapak kaki hang tuah tuu

pemandangan atas puncak

mendung kelabu...
subhanallah...pemandangan yang indah





one of my friend


kepenatan mendaki...


diapit jejaka melaya! hehehe

first batch arrived

masa nie dah hujan...nampak macam kesian kan...werkkk!

nie la tangga terakhir untuk ke puncak...

Actually memang banyak lagi gambar and cerita nak share tapi disebabkan nak balik rumah sebab waktu kerja dah habis sampai sini jela yer...hehe...tahniah pada semua yang terlibat..insyaAllah, ada masa, join lagi..hehe






see u in next entry..papai~






Friday, 15 November 2013

Preparation for hiking!

Assalamualaikum...alhamdulillah selesai semua assignment,nak enjoy la pulak..bak kata orang release tension..eh tension ke? Haha...now heading to KL sebab tomorrow nak pergi hiking!! Yes2...xsabar nak daki gunung..akan ku tawan hingga ke puncak..cewahhh!

so before mendaki besok opkoz persiapan semua ada..to be honest,sue xbuat persiapan apa2 pown! Gudgurl! Jangan melalak pulak bila stamina xada bsok..dush!

tp sempat la pow yang tersayang baju adidas selai...hehe..kasut je xsempat beli...wuwuu~ so selUar,ubat,coklat,n segalanya da prepared juz tggu jela besok..will hupdate wif my photo..yeayy!! Papaii~

Berkat kesabaran dibayar kegembiraan

Assalamualaikum...alhamdulillah! Bersyukur ke hadrat Allah...ucapan nie yang terpacul dari mulut sue bila urusan sue dipermudahkan...rasa ingin menangis,terharu,doa orang teraniaya ini dimakbulkan...

Umumnya,bagi kengkawan yang mengikuti perkembangan sue dalam facebook,mereka tahu apa yang sue lalui..sangat berat...tetapi berkat kesabaran,DIA hadiahkn kegembiraan ini...segala kerungsingan hati sue selama ini sudah selesai...bayangkan..sue tak boleh tidur setiap malam,gelisah sepanjang hari tp sue percaya ujian yang Allah berikan bukan untuk membebankn hambaNya..sue teruskan apa yang sue mulakan,sue gigihkn diri siapkn semua assignment dengan sempurna dan hari ini,berkat hari jumaat,penghulu segala hari,satu berita baik diberikan pada sue..rupanya,inilah hadiah kegembiraan berkat kesabaran sue selama ini...

Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah~ Yang Maha BEsar lagi Maha Berkuasa..

Thursday, 14 November 2013

Preparation for final examination

Assalamualaikum....alhamdulillah....sue da siapkn kesemua assignment dgn jaya nya...and lecturer dah review and......waa positive feedback...alhamdulillah..berbaloii xtidur malam,stay up smpai pagi,got panda eyes...-_-

sekarang tggu laman tok hantar assignment dibuka then upload assignment then submit! Fuh2...nervous...sebab assignment bukan lecturer yang tanda tapi oum malaysia yg tanda...means assignment kita mungkin ditanda oleh oum dr kl,melaka,johor or maybe sabah sarawak..dush!

So sekarang,sue tinggal nk prepare tok final exam pula...3 minggu lagi...sempat2..dulu ms diploma besok nak exam,malam nie baru baca..hahaha...tapi mama dah pesan jangan buat mcm 2 masa degree...ok...sekarang nak seminggu exam baru study...boleh x mama? Heee...

Apa2 pun xnak sia2kn peluang belajar nie..nak dapat dekan lagi...Ya Allah…permudahkan segala urusanku~aaamiiin~

TIPS: How To Treat Strangers

Assalamualaikum,,,haiii,, siapa selalu dapat panggilan or mesej daripada orang xdikenali? kadang-kadang xtahu datang dari mana, dapat no dari siapa.. annoying giler kan? so...kat sini sue nak bagi tips macam mana nak respon pada orang-orang yang xdikenali nie atau bahasa omputih nyer "strangers"

S-soalan            J-jawapan

1. S: Hii..boleh berkenalan?
    J: oh..tak boleh..saya dah kahwin!

selalu yang kena ganggu nie memang mostly dari gegurl yang single,atau dlm erti kata lain,belum kahwin..so, yang nie memang cara paling efektif dan berkesan..cuba la!

2. S: Haii..nak kenal boleh? sori la kalau menggangu
    J: ohh..takpe.. Kalau boleh jangan ganggu lagi la ea..

3. S: hye...saya dapat no awk dari kawan saya...awak tengah buat apa?
    J: ohh..saya tengah susu kan anak..ok,bye

sebenarnya banyak lagi cara tapi yang nie aq mostly guna kalau ada strangers yang datang dari ceruk mana pun xtahu...erghhh....k,la2..nie sesaje je suka2..see u in next entry...papai


Friday, 8 November 2013

Bersediakah kita bila diuji Allah

Assalamualaikum~ hari nie sue didatangi lagi ujian yg sangat berat untuk sue terima..bukan shj ditipu tp kurang mmpu untuk meneruskn pmbelajaran sue atas masalah kewangan.~ di saat ini,sue merasa tertekan tetapi segera otak sue berfikir,inilah hadiah dari Allah!

ya,segala ujian yang DIA dtgkn pd setiap hmbanya adalah untuk menguji sejauh mana kita mampu bersabar..lebih besar ujian,dan jika kita tenang dan sabar,Allah akan trunkn sesuatu yg lebih bernilai sebagai tanda hadiah daripada Yang Maha Esa..

Tipu la kalau sue cakap sue xsedih,tapi ia xlama...tipu la sue xberduka,sue rasa..cuma kali ini sue berduka dan bersedih tp hati sue merasa tenang yg amat sangat..alhamdulillah~

Cukuplah sekadar sue beritahu sue ditipu dan mempunyai masalah...sekadar renungan untuk kita semua...supaya apabila didatangi musibah,jangan cepat melatah..segera mengingati Allah...DIA sedang memerhatikan hambaNya...

Walau apa pun sue bersyukur...Allah xbiarkan sue berseorangan..didatangkanNYa ujian,agar sue berbicara denganNya...sue akan sabar..dan apa yang penting,apa yg sue buat sekarang,sue xkn berhenti...sue akan tamatkan semuanya dengan sempurna...dan sue lakukan semua nie untuk kedua ibu bapa sue...

Semoga aku tabah Ya Allah~

Thursday, 31 October 2013

Kesibukan memakan kesihatan~

Assalamualaikum~
Nampak x betapa gah tajuk entry kali nie...macam seram kn...macam takot kn...werk~

haa gini la jadi bila kesihatan da jadi no dua...terlalu sibuk buat assignment sampai xjaga kesihatan diri...dah dua hari demam hri nie baru pegi jumpa doc...sebab dah xtahan sgt~

doc cek ckp nadi tinggi then doc wat muka pelik...sue lg pelik...kalau nadi tinggi kenapa? Then doc cek lagi guna pam 2...masih sama...cek dada pulak...jantung laju...doc ckp bdebar kew...xde pulak...makin konfius~ theN doc guna cara manual,iaitu cek kt nadi tgn...ish makin xpaham~

last2 doc suruh rest banyak2 n mnum air suam bnyk2...sebab sue nie lengkap demam,slsema,sakit tekak,batok sakit kepala arghhh..banyak2...tp xpewla...dapat jugak bdn rest~

Cuma terpikir bila nk smbung buat assignment...bnyk lg..huwaaa! Nie pown sue kat rumah,dapat mc...now tunggu membe nak hantarkn mknan n air 100plus,air bdak,strepsils bagai..so sweeett...ada jugak org syg...uhuk3!

rasanyer dah boleh bhnt mnaip kowt..apa2 pown pd kwn2 yg terlalu sbuk sgt 2,jg la ksihatan k...kalau x nanti jd mcm sue~ wuwuu~

papai~

Tuesday, 29 October 2013

Cabaran satu kepuasan

Assalamualaikum awak,awak dan awak!
Siapa kat sini yang suka kan cabaran? Ok..kita geng~ malam nie kalau entry sue "masuk air" sikit mohon memahami la hendaknya yer...sebab otak macam dah blurr sikit..maklum la...sejak dua menjak da belajar nie banyak nak kena perah otak...huhu~

Bagi sue cabaran nie memang satu kepuasan...xkisah la cabaran dari segi apa pun...macam situasi sue sekarang cabaran kerja sambil belajar...tengok jela...terkontang kanting nak buat assignment..boleh buat pon malam,malam bdn pnat then tidoo..macam menarik kn? Tp cabaran macam tuu yang besttt~ hehe

lepas tuu mula la keluar dialog2 macam nie:
•"arggh...stressnya...assignment banyak lagi xsiap"
•"letihnya nak pergi kelas/discussion"
•"ala...ada bengkel kemahiran apa lagi pula minggu nie"
•yang nie paling common...."laa...ada assignment ke...lupa plak"...

Haa lepas tuu macam ribut la buat asgnment...colek sini sikit,ambil sana sikit,plagiat situ sikit,stay up lewat malam then siapp!! Assignment utk 2 bulan siap 2 mggu...paling pmlas 2 hari siap...tp jadi brung hantuu la...erkkk

Tp 2 yang paling best..sebab bila jadi mcm 2 kita akan bekerja keras,bila bekerja keras dan membuahkan hasil,itulah kepuasan! Pheww~ (nak cerita pasal kepuasan je sampai panjang berjela)

Sebab tuu sue sambung blaja dan bkerja...Sebab sukakan cabaran...sebab confirm komitmen memang tinggi setinggi lngit...(hiperbola sangat)...lepas tuu boleh keluar dialog2 bajet stress macam "eiyy...tension giler...nak buat tu lagi,nie lagi".."jangan ganggu sy,sy sdg tertekan"...haha...motif?

sue nie pula memang jenis orang buat kerja last minit atau kata sopan ckgu sekolah "study smart"...maknanya bijak la..kikiki...jangan mara haa~ setiap kali ada assignment or nak exam,mula la nak cari nota,buat2 highlight nota, bersihkn buku yg brhbuk sbb nak baca dan yang sewaktu dengannya...n untuk pngetahuan semua,sue dah amalkan benda nie sejak upsr sampai diploma...ha..hamikk~

Apa2 pun bg kengkawan yang suka kan cabaran cm sue,just go on...memang kdg2 benda nie buat kita stress,putus asa,dan sebagainya tp hasil dia memanggg berbaloii~

nota kaki tangan: sentiasa berfikiran positif dan memotivasi diri untuk berjaya~

sekian,wassalam...

Sunday, 27 October 2013

Bila hati sedia memaafkan~

Assalamualaikum semua~ now sue dalam ktm otw nak balik kl...tetiba teringat pagi tadi ada seseorang yg selama nie pernah lukakan hati sue dtg mintak maaf...tp xngat da brapa lama..its a long time ago~

dulu,mmg sakit hati sgt...sampai masa 2 rasa mcm xbole maafkan...then i move on n live my life well...masa 2 mmg ckp dlm hati "selagi ko xmintak maaf,aq xkn maafkan"...sampai mcm 2 sekali...then siap ckp dlm hati jgn la dye dtg lg...walaupun xpernah simpan sekelumit rasa bnci pown...cuma rasa disakiti~

then,days by days,month by month,he's came n ask for forgiveness...dlm hati mmg dah xrasa apa cuma bila tringat semula tetiba rasa marah n sukar maafkan...tp...bila kenangkan blik,siapa aq untuk mghukumnya,mgkin dye da terima balasannya...sbb pernah ckp dgn dye,"what goes around comes around,what u give u get back!" Masih terngiang lagi kata2 trakhir 2~

Sebab 2 sue relakan seikhlas hati memaafkannya..sama ada dye ikhlas atau x,terpulang...i just hope,he never come again in my life...dan akhirnya...hati sue kembali tenang...alhamdulillah...

Betul la...xguna kalau kita berdendam..mmg betul selagi seseorang buat salah dgn kita dan kalau kita xmaafkan,hidup dye x akan senang...sbb kesalahan sesama manusia hanya manusia yang boleh maafkan...tp apa gunanya kita sibuk melihat org lain jatuh sdgkn masih ada ruang untuk kita teruskan hidup dgn tenang~

mungkin entry kali nie lebih kpd soal hati...kisah sedih...tp biarlah ini yg terakhir...lpas nie nk post yg hepi2..hehe...sebab nk share the happiness thing je dgn all my frenz..

Last but not least,kalau ada sesuatu yg mggembirakan dtg dlm hidup kita,nikmati lah...ia x akan kekal lama...dan kalau ada sesuatu yg mnyedihkan terjadi dlm hidup kita,hadapi lah..ia juga x akan kekal lama~

sekian~

Wednesday, 23 October 2013

Ouch! I did it again!

Assalamualaikum....hye readers~

I did it again! What i already did?? I didnt hupdate any stories..hewhew..sorry kngkawan...~ sejak dah start belajar nie mmg busy...full with assignment...mana nak cari maklumat lagi,baca nota lagi,class,draft assignment,candy crush~ eh...terselit pulak kan~

Hari tu lupa nak hupdate bout 1st day class..tetibe rasa ramai yang caring bila semua tanya,"how your first class?"..ouch...feeling2 disayangi gituu..ada juga orang care...(perasan 2 saat) wink* wink*
Tapi..walau apa pun class ok jew..so far la...hehe

Sekarang nie terpaksa bersengkang mata buat assignment tp xpela...sebab mmg da tahu komitmen orang yg bkerja sambil blajar mmg tinggi...so hadap la 5 thun cenggini~

tapi takpe...bak kata penpatah (asyik pepatah je),susah dl bsenang kemudian...senang mcm mana? Haa...kena tunggu la...hehe...

So..nie jewla dapat bebel...nk lelebih buku da campak tepi,assignment dipandang sepi,mata da mengantuk lagi,hujan xberhenti2...cewahhh! So apa apa pun lepas nie sue akan cuba hupdate perkembangan terbaru...sebab kekadang apa yg kita share dekat someone,xkisahla our stories or experience,boleh dijadikan rujukan,panduan,teladan n mgkin jugak semangat or lain2~ tapi entry sue nie xtahu la bagi korang perasaan apa kan...cuma...rasa seronok bila dapat share sebahagian daripada kehidupan kita dengan orang lain...eh...merepek apa nie? Haha..ok la...ok la...nanti jumpa lagi~

selamat malam semua~

Thursday, 10 October 2013

Watching movie : Gravity

Assalamualaikum..
hye semua! Selamat pagi dan selamat bekerja..huhu.. Pepagi lagi dah hupdate blog uolss~ Actually, just nak share something bout movie yang iolss and my crazy friends tengok malam semalam.. Nie ha ceritanyaa..tadaa!!


Siapa dah tengok trailer movie nie mesti cakap " fuyoo, gempak2..nak tengok!!"..ok ok..sabar...siapa yang teruja sangat tuu mohon bersabar sebab bagi pendapat aku laa kan, cerita nie xtengok pun takpe...erghh..kejamnya ayat! but, seriously, satu jam setengah dalam wayang memang agak membosankan.. Jalan cerita yang slow sama slow macam pergerakan diorang.. Maklum la..Gravity kan..Hoho...


Nak describe cerita nie macam mana pun xtahu just boleh bagi pendapat jela.. Kalau korang rasa nak tengok, boleh..silakan.. eh, tak ada siapa halang.. silakan..silakan... Dan buat pertama kalinya aku xfokus tengok wayang sebab bosan.. Seronok pulak melayan facebook, we chat and instagaram dengan kengkawan..choii! bayar tiket untuk berfb pulak kan...dushh!

tapi kan..tapi kan...before nak tutup cerita nie, we olss sempat lagi bergambar,,,hahaah.. benda fevret bila keluar kan..biasa la..gegurl~ so, last but not least, diz movie i give urmm....ok...2.5 stars (ok la daripada tak ada) apa-apa pun nie cuma pendapat aq.. pendapat korang pulak macam mana?





Wednesday, 2 October 2013

REVIEW MOVIE : RUNNER RUNNER (2013)

                                                             Assalamualaikum..
hye semua! siapa dah tengok movie "runner runner"? suka gileerr tagline dia.. "played or be played"..baru tengok tagline dah terus rasa nak tengok cerita dia...


Cerita nie mengisahkan seorang mamat kacak Richie Furst (Justin Timberlake) yang memang giler main judi kt internet semata-mata nak bayar yuran kolej beliau...ish2..macam 2 sekali ek...Then mamat nie boleh tahan giler jugak  pergi labur semua simpanan yang ada then kalahh...padan mukaa...hee

So, dia pun plan nak pergi Costa Rica, semata-mata nak jumpa pengasas game online tuu, Ivan Block and nak cerita la yang dia kena tipu...adeh..So si mamat Ivan nie nak cover dia punya penipuan dia ajak la si Richie nie kerja dengan beliau dan menjanjikan kekayaan yang memang wow! 8-9 angka uollss~ gilerr xnak..



Kira sekarang nie si mamat Richie nie memang dah kaya giler and si mamat Ivan tuu bertambah-tambah la kaya...Konflik terjadi bila ada ejen FBI, Shavers menyiasat kes nie dan dia memang dah lama nak cari cara untuk jatuhkan si Ivan nie sebab dah banyak sangat penipuan si mangkuk nie buat.. so siapa lagi kalau dia nak cari kalau bukan si Richie nie..haa...start dari sini laa bermula konflik, percintaan, penipuan, kekeluargaan dan segala gedebak gedebik yang muncul...Kalau nak tahu lebih lanjut, pergi la tengok yerr...



#Untuk movie nie aq bagi urmmm berapa yer... Ok la.. 4 bintang... wink * wink*






Monday, 30 September 2013

50 FAKTA TENTANG LELAKI YANG ANDA PERLU TAHU!

                                                                 Assalamualaikum...


ha..hari tuu ramai pula la kengkawan aku ngadu pasal boyfriend dia macam tuu laa, macam niee la n bagitahu lelaki nie complicated sangat..aku pun terkedu macam eh? apa kena mengena dengan aku..haha..gurau2..apa susah, google je artikel pasal lelaki..kompom jumpa..kalau malas sangat, nie ha aku da tolong carikan...selamat membaca! hee

1- Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi.
2-Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat.
3-Lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1 minit.
4-Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.
5-Apa kau sedang buat? “Atau” Kau sudah makan? “Adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.
6- Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi.
7-Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda.
8-Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.
9-Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis.
10-Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda.
11-Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. …Tak akan berani punya icon smile 50 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu
12-Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat.
13-Lelaki menangis!!
14-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah.
15-Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.
16-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
17-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.
18-Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.
19-Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.
20-Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis mereka sangat suka.
21-Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting.
22-Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka serius dalam perhubungan.
23-Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda.
24-Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka!
25-Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.
26-Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.
27-Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa.(mesti tergagap2 dia nk jawap jika dia 1st date)
28-Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan anda!
29-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.
30-Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda.(fakta nie betul)
31-Berhati-hati! Lelaki boleh membuat menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.
32-Kelemahan lelaki ialah di ‘atas’ lutut.
33-Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
34-Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka.
35-Apabila masalah timbul, seorang lelaki biasanya relax jer tetapi sudah memikirkan jalan keluar.
36-Seorang lelaki yang menjaga rupa paras tidak pandai membaiki apa-apa benda.
37-Apabila seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda walaupun hanya untuk satu malam, jangan percaya! Dia juga memberitahu kata benda yang sama kat perempuan lain.
38-Lelaki lebih senang hati apabila seorang gadis bersumpah.
39-Kebanyakan lelaki benci gay!
40-Gadis-gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menangkis daripada menarik lelaki.
41-Lelaki sayang ibu mereka.
42-Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda boleh lihat.
43-Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik tentang perempuan.
44-Apabila seorang gadis mengatakan “tidak”, seorang lelaki mendengar sebagai “cuba lagi”.
45-Lelaki tidak dapat menerima kenyataan “Diamlah” dengan begitu baik.
46-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia benar-benar jelas.
47-Lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan tengahari hanya untuk mendapatkan beberapa bunga ros.
48-Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama rejection.
49-Ia baik untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda mempercayainya. Tetapi jangan biarkan dia menunggu lama.
50-Jangan berat sebelah. Cuba mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda akan terkejut dengan kesetiaan mereka.(betul sangat nie)
#credit to Giler Kentang~

Saturday, 28 September 2013

Sakit mata

Assalamualaikum semua! Selamat pagi...ada yang tdo lagi ke tuu? Malam tadi seharian xdapat tdo sebab sebelah mata kiri pedih sgt..ingat kn sakit biasa sebab mata nie memang kerap gatal sebab alahan..selalu picit setitik eye mo dah ok dah..kali nie da macam xada kesan pula..ah sudah...

So nak dijadikan cerita bangun pagi neyh mata pedih lg..maSa tdo pun memang terasa pedihnya smpai berair mata...siap termimpi jumpa doktor mAta lagi..hee...so terus capai fon n google tanda2 sakit mata then post kat blog by fon...risau wei~

Antara tanda tandanya ialah:
- kemerahan pada mata
- air mata berlebihan
- ketidakselesaan pada mata
- bawah mata mula membengkak
- mata terasa seperti berpasir/bertahi
- gatal pada bahagian mata

Actually banyak lagi tp itulah symptom2 yg aku rasa sekarang..arghh...janganlaa..nak pergi kerja lagi,kelas lagi...dah la kels baru nak bermula...hurmmm..serik dah sakit mata..mau seminggu baru baik...aku rasa aku kena sakit mata yang jenis pink eye.

Teringat masa kat asrama dulu..pernah kena sakit mata..kena secara berjemaah lak tuu..sebab sakit mata nie memang mudah berjangkit...tp masa 2 masing2 mood nak balik rumah n xnak duduk asrama,so bila ada sorang kena sakit mata,semua pakat ramai2 duduk dengan budak yg kena infection 2..haha..lepas 2 bila rasa mata dah cam xbest terus jumpa warden kata sakit mata sebab nk balik..huhu~

tapi..lepas tuu menanggung la sakitnya...memang sakit..nak2 kalau tengah solat,part nak rukuk and sujud 2..tuhan je tahu macam mana..n paling tak best kena kuarantin sebab takut berjangkit..orang cakAp jangan selalu tengok cermin sebab nanti mata sebelah pula berjangkit...tp aku pun jenis degil juga memang selalu la tengok cermin cerita dia..bukan apa,nak tengok keadaan mata 2..huu

Apa apa pun harap2 xkena sakit mAta nie..risau jugak..tp tetap kena pergi check up dekat klnik..hope everything is alright~

Selalunya sakit mata nie berpunca daripada persekitaran yang xbersih,terkena jangkitan kuman dan sebagainya..korang google la yer...sebab...mata dah berair sangat dah nie...arghh..papai semua~

Sunday, 15 September 2013

Cinta Budak Sekolah

                                                    Assalamualaikum....
Hello lovebirds sekalian~ Korang semua dah baca my latest post tadi pasal cemburu. Kalau belum klik SINI.

Tadi masa tengah baring-baring makan anggur sambil baca post kat facebook nampak la banyak sangat cerita pasal cinta. Tapi cinta budak sekolah a.k.a xcukup umur.. Bukan la nak mengutuk ke hapa tapi bila baca status2 memang rasa annoying giler.. Annoying tahu x?


Antara post-post yang very annoying adalah :

** "Awak, titew nak awak tahu titew tayunk awak! Tayunk tetat2! Cinta titew sampai Syurga!"
** "Siapa nak relay dengan saya?? Saya kesepian~"
** "Hanya papa di hati mama. Mama xnak sesiapa dah..."
** "Saya hanya cintakan awek saya Peah (bukan nama sebenar) Jangan ganggu relay kami!"
** Malam nie nak OTP dengan awek aku.. Yeayyy!

Lagi annoying bila dah gaduh/ Frust...

** "Aku dah xnak main facebook lagi. Ada sesiapa tahu macam mana nak deactive facebook??"
** Jom layan lagu kat youtube nie..(Share lagu dari Youtube), inilah perasaan saya sekarang awak
** "Aku xnak sedih lagi dah.. lagipun aku ada family aku yang sayangkan aku..."  3jam kemudian....(Bila dah berbaik) " Awak, saya xnak kita gaduh lagi taw.. Awak jela yang saya ada.. Cinta kita setia hingga ke hujung nyawa!" puihhh! Memang banyak lagi. Kalau nak cerita sampai tahun depan xhabis.. haa..nampak nau nipunya kan..haha

Tolong la adik-adik sekalian... Tolong la...Jangan la kita memalukan diri kita sendiri dengan post status macam tuu.. yela..tahu la awak bercinta tapi jangan la satu dunia nak bagi tahu. Tapi kita nak menuding jari dekat diaorang pun xboleh juga.. Kita bagi teguran yang baik, mungkin sebab diaorang kecil lagi / xmatang lagi.  Tapi dah kalau diaorang xnak dengar nak buat macam mana kan?



Cerita nie memang jujur and aku bukan reka-reka. Sebab aku pernah tegur seorang budak nie, aku cakap " Jangan lah sedih, jangan terlalu mengharap. Adik kecik lagi..Nanti bila dah masuk U, dah kerja akan jumpa ramai orang lagi"... Mula-mula aku ingat dia nak dengar la.. Tapi xsampai bebrapa minit lepas 2, Keluar lagi status2 beliau. Kejap gaduh, kejap baik..Masalahnya penuh news feed aku tahu x?? erghhh~


Kepada adik-adik akak kat luar sana,,(wah, akak taw!..hee) tolong la..tolong la matang sikit. Jangan sebab nak bercinta kita lupa keluarga, lupa pelajaran. Perjalanan hidup 2 jauh lagi. Kita sendiri xtahu siapa kita akan jumpa nanti, dengan siapa kita akan kahwin nanti. Jangan sebab seorang lelaki/perempuan kita abaikan dan bazirkan hidup kita yang tak tahu sampai bila.. Sebab kita xtahu sampai bila kita masih diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi ini.. Jadi, jangan sia-siakan~