Nuffnang Ads

Sunday, 15 September 2013

Cinta Budak Sekolah

                                                    Assalamualaikum....
Hello lovebirds sekalian~ Korang semua dah baca my latest post tadi pasal cemburu. Kalau belum klik SINI.

Tadi masa tengah baring-baring makan anggur sambil baca post kat facebook nampak la banyak sangat cerita pasal cinta. Tapi cinta budak sekolah a.k.a xcukup umur.. Bukan la nak mengutuk ke hapa tapi bila baca status2 memang rasa annoying giler.. Annoying tahu x?


Antara post-post yang very annoying adalah :

** "Awak, titew nak awak tahu titew tayunk awak! Tayunk tetat2! Cinta titew sampai Syurga!"
** "Siapa nak relay dengan saya?? Saya kesepian~"
** "Hanya papa di hati mama. Mama xnak sesiapa dah..."
** "Saya hanya cintakan awek saya Peah (bukan nama sebenar) Jangan ganggu relay kami!"
** Malam nie nak OTP dengan awek aku.. Yeayyy!

Lagi annoying bila dah gaduh/ Frust...

** "Aku dah xnak main facebook lagi. Ada sesiapa tahu macam mana nak deactive facebook??"
** Jom layan lagu kat youtube nie..(Share lagu dari Youtube), inilah perasaan saya sekarang awak
** "Aku xnak sedih lagi dah.. lagipun aku ada family aku yang sayangkan aku..."  3jam kemudian....(Bila dah berbaik) " Awak, saya xnak kita gaduh lagi taw.. Awak jela yang saya ada.. Cinta kita setia hingga ke hujung nyawa!" puihhh! Memang banyak lagi. Kalau nak cerita sampai tahun depan xhabis.. haa..nampak nau nipunya kan..haha

Tolong la adik-adik sekalian... Tolong la...Jangan la kita memalukan diri kita sendiri dengan post status macam tuu.. yela..tahu la awak bercinta tapi jangan la satu dunia nak bagi tahu. Tapi kita nak menuding jari dekat diaorang pun xboleh juga.. Kita bagi teguran yang baik, mungkin sebab diaorang kecil lagi / xmatang lagi.  Tapi dah kalau diaorang xnak dengar nak buat macam mana kan?



Cerita nie memang jujur and aku bukan reka-reka. Sebab aku pernah tegur seorang budak nie, aku cakap " Jangan lah sedih, jangan terlalu mengharap. Adik kecik lagi..Nanti bila dah masuk U, dah kerja akan jumpa ramai orang lagi"... Mula-mula aku ingat dia nak dengar la.. Tapi xsampai bebrapa minit lepas 2, Keluar lagi status2 beliau. Kejap gaduh, kejap baik..Masalahnya penuh news feed aku tahu x?? erghhh~


Kepada adik-adik akak kat luar sana,,(wah, akak taw!..hee) tolong la..tolong la matang sikit. Jangan sebab nak bercinta kita lupa keluarga, lupa pelajaran. Perjalanan hidup 2 jauh lagi. Kita sendiri xtahu siapa kita akan jumpa nanti, dengan siapa kita akan kahwin nanti. Jangan sebab seorang lelaki/perempuan kita abaikan dan bazirkan hidup kita yang tak tahu sampai bila.. Sebab kita xtahu sampai bila kita masih diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi ini.. Jadi, jangan sia-siakan~




No comments:

Post a Comment

dah baca? sila tinggalkan komen anda!
komen anda akan dibalas sebentar lagi

terima kasih~