Nuffnang Ads

Monday, 30 September 2013

50 FAKTA TENTANG LELAKI YANG ANDA PERLU TAHU!

                                                                 Assalamualaikum...


ha..hari tuu ramai pula la kengkawan aku ngadu pasal boyfriend dia macam tuu laa, macam niee la n bagitahu lelaki nie complicated sangat..aku pun terkedu macam eh? apa kena mengena dengan aku..haha..gurau2..apa susah, google je artikel pasal lelaki..kompom jumpa..kalau malas sangat, nie ha aku da tolong carikan...selamat membaca! hee

1- Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi.
2-Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat.
3-Lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1 minit.
4-Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.
5-Apa kau sedang buat? “Atau” Kau sudah makan? “Adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.
6- Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi.
7-Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda.
8-Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.
9-Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis.
10-Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda.
11-Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. …Tak akan berani punya icon smile 50 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu
12-Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat.
13-Lelaki menangis!!
14-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah.
15-Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.
16-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
17-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.
18-Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.
19-Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.
20-Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis mereka sangat suka.
21-Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting.
22-Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka serius dalam perhubungan.
23-Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda.
24-Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka!
25-Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.
26-Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.
27-Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa.(mesti tergagap2 dia nk jawap jika dia 1st date)
28-Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan anda!
29-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.
30-Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda.(fakta nie betul)
31-Berhati-hati! Lelaki boleh membuat menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.
32-Kelemahan lelaki ialah di ‘atas’ lutut.
33-Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
34-Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka.
35-Apabila masalah timbul, seorang lelaki biasanya relax jer tetapi sudah memikirkan jalan keluar.
36-Seorang lelaki yang menjaga rupa paras tidak pandai membaiki apa-apa benda.
37-Apabila seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda walaupun hanya untuk satu malam, jangan percaya! Dia juga memberitahu kata benda yang sama kat perempuan lain.
38-Lelaki lebih senang hati apabila seorang gadis bersumpah.
39-Kebanyakan lelaki benci gay!
40-Gadis-gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menangkis daripada menarik lelaki.
41-Lelaki sayang ibu mereka.
42-Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda boleh lihat.
43-Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik tentang perempuan.
44-Apabila seorang gadis mengatakan “tidak”, seorang lelaki mendengar sebagai “cuba lagi”.
45-Lelaki tidak dapat menerima kenyataan “Diamlah” dengan begitu baik.
46-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia benar-benar jelas.
47-Lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan tengahari hanya untuk mendapatkan beberapa bunga ros.
48-Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama rejection.
49-Ia baik untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda mempercayainya. Tetapi jangan biarkan dia menunggu lama.
50-Jangan berat sebelah. Cuba mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda akan terkejut dengan kesetiaan mereka.(betul sangat nie)
#credit to Giler Kentang~

Saturday, 28 September 2013

Sakit mata

Assalamualaikum semua! Selamat pagi...ada yang tdo lagi ke tuu? Malam tadi seharian xdapat tdo sebab sebelah mata kiri pedih sgt..ingat kn sakit biasa sebab mata nie memang kerap gatal sebab alahan..selalu picit setitik eye mo dah ok dah..kali nie da macam xada kesan pula..ah sudah...

So nak dijadikan cerita bangun pagi neyh mata pedih lg..maSa tdo pun memang terasa pedihnya smpai berair mata...siap termimpi jumpa doktor mAta lagi..hee...so terus capai fon n google tanda2 sakit mata then post kat blog by fon...risau wei~

Antara tanda tandanya ialah:
- kemerahan pada mata
- air mata berlebihan
- ketidakselesaan pada mata
- bawah mata mula membengkak
- mata terasa seperti berpasir/bertahi
- gatal pada bahagian mata

Actually banyak lagi tp itulah symptom2 yg aku rasa sekarang..arghh...janganlaa..nak pergi kerja lagi,kelas lagi...dah la kels baru nak bermula...hurmmm..serik dah sakit mata..mau seminggu baru baik...aku rasa aku kena sakit mata yang jenis pink eye.

Teringat masa kat asrama dulu..pernah kena sakit mata..kena secara berjemaah lak tuu..sebab sakit mata nie memang mudah berjangkit...tp masa 2 masing2 mood nak balik rumah n xnak duduk asrama,so bila ada sorang kena sakit mata,semua pakat ramai2 duduk dengan budak yg kena infection 2..haha..lepas 2 bila rasa mata dah cam xbest terus jumpa warden kata sakit mata sebab nk balik..huhu~

tapi..lepas tuu menanggung la sakitnya...memang sakit..nak2 kalau tengah solat,part nak rukuk and sujud 2..tuhan je tahu macam mana..n paling tak best kena kuarantin sebab takut berjangkit..orang cakAp jangan selalu tengok cermin sebab nanti mata sebelah pula berjangkit...tp aku pun jenis degil juga memang selalu la tengok cermin cerita dia..bukan apa,nak tengok keadaan mata 2..huu

Apa apa pun harap2 xkena sakit mAta nie..risau jugak..tp tetap kena pergi check up dekat klnik..hope everything is alright~

Selalunya sakit mata nie berpunca daripada persekitaran yang xbersih,terkena jangkitan kuman dan sebagainya..korang google la yer...sebab...mata dah berair sangat dah nie...arghh..papai semua~

Sunday, 15 September 2013

Cinta Budak Sekolah

                                                    Assalamualaikum....
Hello lovebirds sekalian~ Korang semua dah baca my latest post tadi pasal cemburu. Kalau belum klik SINI.

Tadi masa tengah baring-baring makan anggur sambil baca post kat facebook nampak la banyak sangat cerita pasal cinta. Tapi cinta budak sekolah a.k.a xcukup umur.. Bukan la nak mengutuk ke hapa tapi bila baca status2 memang rasa annoying giler.. Annoying tahu x?


Antara post-post yang very annoying adalah :

** "Awak, titew nak awak tahu titew tayunk awak! Tayunk tetat2! Cinta titew sampai Syurga!"
** "Siapa nak relay dengan saya?? Saya kesepian~"
** "Hanya papa di hati mama. Mama xnak sesiapa dah..."
** "Saya hanya cintakan awek saya Peah (bukan nama sebenar) Jangan ganggu relay kami!"
** Malam nie nak OTP dengan awek aku.. Yeayyy!

Lagi annoying bila dah gaduh/ Frust...

** "Aku dah xnak main facebook lagi. Ada sesiapa tahu macam mana nak deactive facebook??"
** Jom layan lagu kat youtube nie..(Share lagu dari Youtube), inilah perasaan saya sekarang awak
** "Aku xnak sedih lagi dah.. lagipun aku ada family aku yang sayangkan aku..."  3jam kemudian....(Bila dah berbaik) " Awak, saya xnak kita gaduh lagi taw.. Awak jela yang saya ada.. Cinta kita setia hingga ke hujung nyawa!" puihhh! Memang banyak lagi. Kalau nak cerita sampai tahun depan xhabis.. haa..nampak nau nipunya kan..haha

Tolong la adik-adik sekalian... Tolong la...Jangan la kita memalukan diri kita sendiri dengan post status macam tuu.. yela..tahu la awak bercinta tapi jangan la satu dunia nak bagi tahu. Tapi kita nak menuding jari dekat diaorang pun xboleh juga.. Kita bagi teguran yang baik, mungkin sebab diaorang kecil lagi / xmatang lagi.  Tapi dah kalau diaorang xnak dengar nak buat macam mana kan?



Cerita nie memang jujur and aku bukan reka-reka. Sebab aku pernah tegur seorang budak nie, aku cakap " Jangan lah sedih, jangan terlalu mengharap. Adik kecik lagi..Nanti bila dah masuk U, dah kerja akan jumpa ramai orang lagi"... Mula-mula aku ingat dia nak dengar la.. Tapi xsampai bebrapa minit lepas 2, Keluar lagi status2 beliau. Kejap gaduh, kejap baik..Masalahnya penuh news feed aku tahu x?? erghhh~


Kepada adik-adik akak kat luar sana,,(wah, akak taw!..hee) tolong la..tolong la matang sikit. Jangan sebab nak bercinta kita lupa keluarga, lupa pelajaran. Perjalanan hidup 2 jauh lagi. Kita sendiri xtahu siapa kita akan jumpa nanti, dengan siapa kita akan kahwin nanti. Jangan sebab seorang lelaki/perempuan kita abaikan dan bazirkan hidup kita yang tak tahu sampai bila.. Sebab kita xtahu sampai bila kita masih diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi ini.. Jadi, jangan sia-siakan~




Makan-makan : Majlis Perpisahan Staff Finance (Erman)

assalamualaikum.. haii... tadi kitorang semua pergi celebrate a.k.a makan besau tok raikan salah seorang staff finance... dia nak bhenti daa...sob..sob...huhu..so masing2 plan la nak pergi makan kat mana...we olls nie kalau nak pergi makan memang tempat tiptop punya..bos blanja..haha~
pndek kata, tadi memang bestt gilerr...makanan pula memang cedapp and smpaikan masing2 speechless seketika bila dah nampak makanan...makanan pula kejap2 bertukar..xsempat perut nak rehatt..haa~
so kat bawah nie ada la beberapa pic yg sempat kitorang ambil..disebabkan keghairahan nak hupdate blog,so hupdate pakai fon ajer..so tadi ada la sikit sesi ucapan,usikan,gurauan and ngorat-ngoratan..hah..maklum la..ada budak praktikal baru masuk unit aku so abg2 nie mmg xboleh nampak budak praktikal cun..hihi
Kedai nie kira one of the best tempat yg kitorang pernah makan..nanti korang singgah2 la yer..memang sedap...

Cemburu : Positif atau Negatif? Bagaimana cara mengatasinya?

                                                                  Assalamualaikum....
hello semua! hari nie saya free so nak menaip sikit la mengenai satu isu iaitu CEMBURU! Sekali lagi saya cakap, cemburu! tajuk nie umum, xada kena mengena dengan yang meninggal dunia, yang hidup sahaja~


betul tak kengkawan? sejauh mana cemburu nie membawa sesuatu yang positif atau negatif? bagaimana pula cara nak mengatasi ? dah macam tajuk karangan SPM pulak yer...cemburu nie banyak jenis..contoh nya cemburu dengan kelebihan seseorang...setakat nie xada lagi pulak lagi cemburu dengan kekurangan seseorang yer x..tapi normal la...semua pernah cemburu..jangan risau..eh2..jangan sedih...cuma...adakah kita boleh mengawalnya atau tidak..

  • Manusia cemburu bila.....
:: seseorang itu lebih cantik / hensem daripada dirinya...
- haa..nie memang common la...bila tengok orang cantik/hensem sikit "eiy..mesti pakai botox..", "eleh..aku tengok xada la cantik mana pon".. ha nampak x? itu pun dikira cemburu tau...

:: seseorang itu lebih bijak dan pandai daripada dirinya...
- yang nie pon memang selalu berlaku bila kat sekolah/universiti/tempat kerja... antara suara-suara sumbang yang kita selalu dengar " ala..."kaki kipas" laa tu..". Lepas tuu pakat-pakat berkumpul buat ahli mesyuarat tingkap sebab cemburu. Kalau dekat sekolah / universiti pulak " ala..cikgu/lecturer berat sebelah nak buat macam mana", " kaki bodek je 2.. buat-buat tolng angkat buku cikgu bila nak pergi bilik guru", ala...dia anak orang kaya sebab tuu dia memang pandai".. erkkk?

:: seseorang itu lebih disayangi / dicintai daripada dirinya...
- korang pernah tak rasa bila korang tengah duduk / jenjalan tetiba nampak couple lalu depan korang and korang get jealous? haa...jealous la tuu... paling-paling pun dalam hati tuu berkata-kata la yang " kenapa la xada orang suka aku", kalau pasal family pulak, "kenapa la semua orang asyik beri perhatian pada dia je"..

:: seseorang itu lebih segala-galanya daripada dirinya...
- ala..benda nie memang semua orang cemburu la... cemburu bila seseorang tu ada sesuatu yang kita xada.. nak-nak lagi bila benda tuu kita susah nak dapat tapi seseorang tuu senanggg giloss nak dapat... kan?

haa....itu semua faktor-faktornya laa...jadi...apa yang membuat dia jadi positif atau negatif?


:: Cemburu itu negatif bila....
- Kita xpernah nak berusaha pun.. malas! tahu tak malas? Yang kita tahu nak menuding jari atau memburuk-burukkan orang lain. Sedangkan kita sikit pun xnak berusaha untuk jadi seperti orang yang kita cemburu tuu..

- Kita tak pernah bersyukur dengan nikmat Allah. Kita sentiasa lihat kelebihan seseorang tanpa melihat apa yang telah dikurniakan oleh Allah untuk diir kita sendiri.

- Kita xpernah menghargai apa yang kita ada.. Kita asyik lihat seseorang itu lebih mudah disayangi orang, tapi pernah tak kita menghragai orang yang berada di sekeliling kita.. Pernah x?

- Kita sentiasa membuang masa dengan mencari jalan macam mana nak menjatuhkan seseorang yang mempunyai segala-galanya lebih daripada apa yang kita ada.



:: Cemburu itu positif bila....
- Kita berusaha untuk jadi yang lebih baik daripada orang yang kita cemburui.. contohnya...kalau orang tuu pandai, kita kena la rajin berusaha..biar sama-sama pandai.. sematkan dalam hati yang " kalau dia boleh, aku mesti boleh!" Insyaallah, dengan izin tuhan kita akan berjaya..

- Kita yakin bahawa setiap manusia dilahirkan dengan kekurangan dan kelebihan serta keistimewaan yang tersendiri. Kita yakin dengan diri sendiri, dengan kelebihan dan keistimewaan yang memang dah ada dalam diri. Mungkin kita tengok orang 2 cantik/hensem, tapi sebenarnya diri kita nie manis / comel/ cute.. kalau kita rasa diri kita xcantik/xhensem, ada orang lain yang akan nampak...wink* wink*

- Kita sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah untuk semua hamba-Nya.. Insyaallah kalau kita bersyukur, sifat cemburu tersebut dapat dihakis.. Sentiasa la berfikiran positif. Dengan itu, hati akan sentiasa tenang dan bersih...



So, sekarang korang paham tak ? Rasanya nie la entry paling panjang.. Really appreciated kalau korang baca sampai habis.. hee.. wink*




Friday, 13 September 2013

Further study : Part 2

Asslamualaikum...alhamdulillah..bsyukur sangat semua urusan pendaftaran dah selesai...secara officialnya dah bergelar part time student bachelor of Accounting (hons)..yeayy!
bulan depan dah start kelas..jadual dah dapat...buku pon dah dapat..boleh conteng3 buat notes colour2...wee~
tp...takut jugak..komitmen skarang da tinggi...hope ley coop well kerja n blajar...nak belajar 5 tahun uolsss~
Tp kan..tp kan...xsabar nak tengok apa la jadi lepas 5 tahun nanti...degree da ada,insyaallah n pengalaman kerja pun da banyak...xsabar nak tengok senyuman kgembiraan my parents...sbb dorang da berjaya didik anak2 sampai berjaya...
So...kepada korang semua yg dah kerja,n nak sambung blajar,teruskan niat anda...sebab skrg kita mmg akan sush...tp kemudian hari kita akan bangkit dgn kejayaan yg kita sendiri xpernah jangka...sekian~

Wednesday, 11 September 2013

Further study : Part 1

Assalamualaikum...lama dah xhupdate blog..mrajuk dah blog aq nie...xberapa nak sihat sgt..demam je..nie pown selesema ckguuu~
so...nak dijadikan cerita,xjadi further study tahun depan...tp tahun nie,bulan nie! Ok...semalm dah dapat offer letter so jumaat nie kena pergi register...cuti pon dah apply..weehhooo~
Xpayah nak weehoo sangat laa kan...hapa pon xprepared lagi..bank draft xbuat,dokumen xpotostat and banyak lagi la...erghh...besokla nak buat semua benda...
so,nie baru part 1...will hupdate bila dah proceed to next stages..acocoi...xlarat nak taip panjang2..xberapa nak sihat lg plus lapar...hnya mampu hupdate pakai fon je...
See u in next part! Heee :)