Nuffnang Ads

Sunday, 15 September 2013

Cemburu : Positif atau Negatif? Bagaimana cara mengatasinya?

                                                                  Assalamualaikum....
hello semua! hari nie saya free so nak menaip sikit la mengenai satu isu iaitu CEMBURU! Sekali lagi saya cakap, cemburu! tajuk nie umum, xada kena mengena dengan yang meninggal dunia, yang hidup sahaja~


betul tak kengkawan? sejauh mana cemburu nie membawa sesuatu yang positif atau negatif? bagaimana pula cara nak mengatasi ? dah macam tajuk karangan SPM pulak yer...cemburu nie banyak jenis..contoh nya cemburu dengan kelebihan seseorang...setakat nie xada lagi pulak lagi cemburu dengan kekurangan seseorang yer x..tapi normal la...semua pernah cemburu..jangan risau..eh2..jangan sedih...cuma...adakah kita boleh mengawalnya atau tidak..

  • Manusia cemburu bila.....
:: seseorang itu lebih cantik / hensem daripada dirinya...
- haa..nie memang common la...bila tengok orang cantik/hensem sikit "eiy..mesti pakai botox..", "eleh..aku tengok xada la cantik mana pon".. ha nampak x? itu pun dikira cemburu tau...

:: seseorang itu lebih bijak dan pandai daripada dirinya...
- yang nie pon memang selalu berlaku bila kat sekolah/universiti/tempat kerja... antara suara-suara sumbang yang kita selalu dengar " ala..."kaki kipas" laa tu..". Lepas tuu pakat-pakat berkumpul buat ahli mesyuarat tingkap sebab cemburu. Kalau dekat sekolah / universiti pulak " ala..cikgu/lecturer berat sebelah nak buat macam mana", " kaki bodek je 2.. buat-buat tolng angkat buku cikgu bila nak pergi bilik guru", ala...dia anak orang kaya sebab tuu dia memang pandai".. erkkk?

:: seseorang itu lebih disayangi / dicintai daripada dirinya...
- korang pernah tak rasa bila korang tengah duduk / jenjalan tetiba nampak couple lalu depan korang and korang get jealous? haa...jealous la tuu... paling-paling pun dalam hati tuu berkata-kata la yang " kenapa la xada orang suka aku", kalau pasal family pulak, "kenapa la semua orang asyik beri perhatian pada dia je"..

:: seseorang itu lebih segala-galanya daripada dirinya...
- ala..benda nie memang semua orang cemburu la... cemburu bila seseorang tu ada sesuatu yang kita xada.. nak-nak lagi bila benda tuu kita susah nak dapat tapi seseorang tuu senanggg giloss nak dapat... kan?

haa....itu semua faktor-faktornya laa...jadi...apa yang membuat dia jadi positif atau negatif?


:: Cemburu itu negatif bila....
- Kita xpernah nak berusaha pun.. malas! tahu tak malas? Yang kita tahu nak menuding jari atau memburuk-burukkan orang lain. Sedangkan kita sikit pun xnak berusaha untuk jadi seperti orang yang kita cemburu tuu..

- Kita tak pernah bersyukur dengan nikmat Allah. Kita sentiasa lihat kelebihan seseorang tanpa melihat apa yang telah dikurniakan oleh Allah untuk diir kita sendiri.

- Kita xpernah menghargai apa yang kita ada.. Kita asyik lihat seseorang itu lebih mudah disayangi orang, tapi pernah tak kita menghragai orang yang berada di sekeliling kita.. Pernah x?

- Kita sentiasa membuang masa dengan mencari jalan macam mana nak menjatuhkan seseorang yang mempunyai segala-galanya lebih daripada apa yang kita ada.



:: Cemburu itu positif bila....
- Kita berusaha untuk jadi yang lebih baik daripada orang yang kita cemburui.. contohnya...kalau orang tuu pandai, kita kena la rajin berusaha..biar sama-sama pandai.. sematkan dalam hati yang " kalau dia boleh, aku mesti boleh!" Insyaallah, dengan izin tuhan kita akan berjaya..

- Kita yakin bahawa setiap manusia dilahirkan dengan kekurangan dan kelebihan serta keistimewaan yang tersendiri. Kita yakin dengan diri sendiri, dengan kelebihan dan keistimewaan yang memang dah ada dalam diri. Mungkin kita tengok orang 2 cantik/hensem, tapi sebenarnya diri kita nie manis / comel/ cute.. kalau kita rasa diri kita xcantik/xhensem, ada orang lain yang akan nampak...wink* wink*

- Kita sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah untuk semua hamba-Nya.. Insyaallah kalau kita bersyukur, sifat cemburu tersebut dapat dihakis.. Sentiasa la berfikiran positif. Dengan itu, hati akan sentiasa tenang dan bersih...



So, sekarang korang paham tak ? Rasanya nie la entry paling panjang.. Really appreciated kalau korang baca sampai habis.. hee.. wink*




No comments:

Post a Comment

dah baca? sila tinggalkan komen anda!
komen anda akan dibalas sebentar lagi

terima kasih~